Sunday 19 June 2016

DAMIA 4 TAHUN


Assalamualaikum

Tersangat la lamanya tak update blog...bukan tak ada citer yang nak share ataupun sebagai catitan memori....tapi kekangan masa dan kemalasan yang tinggi membuatkan asyik tertunda.Sekitar sambutan hari lahir NUR DAMIA ZULAIKHA yang ke 4 (bulan Mac yang lepas)...Kejap saja masa berlalu...tahun depan dah nak mula sesi persekolahan di Tadika Fitrah Genius Elit.

kek ditempah pada Bonda Miera

Riang ria ketika meniup belon

Tersenyum...tak sabar nak potong kek Marsya

Yeaaa...sesi potong kek..


Damia bersama Kak Su Hadhirah



Majlis pun buat sebelah petang...menu pun sesuai la dengan waktunya.Konsep santai ja.Aku jemput sedara mara yang duduk kot dekat rumah mak ja.Makan sambil sembang sembang.

Ok ....selesai








Thursday 20 August 2015

Muzium 3D....Penang

Rasa lama tak berkata kata dalam blog ni....tak berkesempatan nak menaip N3,sibuk dengan macam macam hal...jadi terbantut nak menaipnya.




Santai kat pokok kelapa di petang hari...
Damia mengait mempelam bersama Abinya...suka la tuuuu


Zam zam al la ka zam...yahoooo.....



SeKiAn.....



Wednesday 22 April 2015

3rd BirtHdAY DaMia ZuLAiKa

Assalamualaikum

Lama sungguh tak ber N3.Sibuk dengan pelbagai aktiviti.Malas pun ada jugak....tu yang tak tertaip citer baru....Al maklum lah bukannya bloger tegar pun.

Rasa sekejap masa berlalu....tupp...tupp..dah sambut ulang tahun ke 3 pada 29 Mac tempohari.


 Umi & Abi ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 3.Semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,murah rezeki dan menjadi anak yang solehah...

  Damia bersama gengnya..


Majlis kecik kecik... minum petang ja...jemput member ofis(geng jimba) dan jiran sebelah menyebelah.

Sunday 29 June 2014

Tuesday 8 April 2014

Muzium Mainan Klasik

Assalamualaikum

Sekadar coretan dalam blog sendiri untuk tatapan di masa depan.Semua mainan yang terdapat disini mengimbau kenangan zaman dulu-dulu semasa kecik.Walaupun tak semuanya pernah merasa bermain ataupun memiliki tetapi pernah melihatnya.Itu yang mahalnya.....




Koleksi robot.
Terdapat juga buku mengenai keluaran setiap robot ,tahun dibuat dan juga harga ketika keluaran robot tersebut.Itu harga dulu....sekarang ni tentunya harga melambung tinggi.Kalau masih ada lagi kotaknya ....harga melambung 3 kali ganda sebabnya di kotak tersebut terdapat sejarah tentang mainan tersebut.







Keratan akhbar yang menceritakan sejarah menubuhan Ben Vintage Muzeum disamping tu ada beberapa kali muncul di tv.



Basikal ni keluaran tahun 1860an,ketika zaman Victoria.Pemilik memperolehi dengan harga 20K.



Kereta mainan ni keluaran baru.Rekaannya  mengikut design lama.Harga yang ditawarkan RM 2500.Pada sesiapa yang berminat boleh la mendapatkannya.


Deretan basikal di luar premis ini adalah untuk disewa kepada pelancong yang berminat mengayuh basikal di sekitar bandar George Town yang memang menjadi tumpuan para pelancong dari luar dan dalam negara.

























Monday 31 March 2014

DaMiA 2 TaHun...

Assalamualaikum

Lama sungguh tak menulis N3 baru....2014 pun dah hampir masuk bulan april....terasa sekejap masa berlalu.N3 kali ni pun sekadar berkongsi gambar gelagat "birthday girl" NUR DAMIA ZULAIKHA....dah masuk 2 tahun pada 29 Mac.










Sekian dulu....jumpa lagi....







Thursday 17 October 2013

TalaM KiT kAt

Produk dibawah Nestle seperti Milo,Nescafe dan pelbagai jenis coklat.Mungkin sebagai promosi produk, setiap keluaran ada saja sourvenier sampingannya.Benda -benda yang dapat pulak samada boleh digunakan seharian ataupun sebagai koleksi jer.Aku pun memang dah terjebak sama .Sekadar hobi yang memenuhi ruang dalam almari...hihihi...