Wednesday 29 February 2012

NOVEL ...... Novel .....

Sebahagian novel yang ada
N3 pada tarikh hari ini hanya akan berlaku 4 tahun sekali....maklumlah tahun lompat la katakan...aku pun tak lepaskan peluang walaupun sekadar coretan yang tah apa..apa kan....

Okey kali ni cerita pasai novel pulak.Sejak akhir-akhir ni di tv dan layar perak banyak menyiarkan drama ataupun filem yang diadaptasikan dari novel.Oleh tu sekarang ni ramai la yang tengah bersemangat membeli dan membaca novel serta melayari internet untuk mencari info terbaru tentang novel-novel yang akan di terbitkan.

Bagi yang bergelar 'pelajar' ....beruntunglah dia orang dapat baucer RM 200.Selain dari boleh beli buku akademik(kalau beli ) ....yang lebihnya boleh la beli novel ... Ada pulak yang kata baucer tu tak dapat menampung untuk beli buku akedemik ...jadi beli novel yang banyaknya...kah...kah....untung kedai buku kan...
Aku pun la ni asyik dok beli novel jer...tapi pakat-pakat dengan adik ler.Target aku setiap bulan mesti beli sekurang kurangnya 2 hingga 3 buah.Ada berani ka nak kumpul sampai 500 buah novel....tunggu...

Dok pulun nak habiskan....
Novel yang menunggu untuk dibaca....

Monday 13 February 2012

Syiling Kenangan

Assalamualaikum.

Syiling ni asalnya kepunyaan arwah abah,oleh kerana aku ni suka simpan  & kumpul barang antik...jadinya aku la yang simpan, bukannya apa ....dari terbiar macam tu saja ,baik aku yang simpan.




Selain dari syiling kenangan, ia juga merupakan koleksi peninggalan arwah abah untuk aku jadikan kenangan pulak...Kiranya 2 dalam 1 la ...

Tuesday 7 February 2012

BUKIT Bendera

Kesempatan cuti yang ada, hari Ahad lepas, berpeluang lah aku ke Bukit Bendera.Dah lama dok cakap nak pi....ada saja halangannya.




Ni la...rupanyer keretapi yang baru tu...ambil masa 10 minit untuk sampai ke atas


Tengah tunggu tiket..almaklumlah beratur panjang nak beli tiket pun...cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam la katakan.








 Tengok dari atas memang padat sangat Penang ni..