Tuesday 8 April 2014

Muzium Mainan Klasik

Assalamualaikum

Sekadar coretan dalam blog sendiri untuk tatapan di masa depan.Semua mainan yang terdapat disini mengimbau kenangan zaman dulu-dulu semasa kecik.Walaupun tak semuanya pernah merasa bermain ataupun memiliki tetapi pernah melihatnya.Itu yang mahalnya.....




Koleksi robot.
Terdapat juga buku mengenai keluaran setiap robot ,tahun dibuat dan juga harga ketika keluaran robot tersebut.Itu harga dulu....sekarang ni tentunya harga melambung tinggi.Kalau masih ada lagi kotaknya ....harga melambung 3 kali ganda sebabnya di kotak tersebut terdapat sejarah tentang mainan tersebut.







Keratan akhbar yang menceritakan sejarah menubuhan Ben Vintage Muzeum disamping tu ada beberapa kali muncul di tv.



Basikal ni keluaran tahun 1860an,ketika zaman Victoria.Pemilik memperolehi dengan harga 20K.



Kereta mainan ni keluaran baru.Rekaannya  mengikut design lama.Harga yang ditawarkan RM 2500.Pada sesiapa yang berminat boleh la mendapatkannya.


Deretan basikal di luar premis ini adalah untuk disewa kepada pelancong yang berminat mengayuh basikal di sekitar bandar George Town yang memang menjadi tumpuan para pelancong dari luar dan dalam negara.