Saturday 31 December 2011

BuLuH MadU

Kali ni ceriter pasai pokok pulak, pokok buluh madu pada asalnya aku tanam di kiri kanan tembok batu di depan rumah.Atas faktor kejiranan aku terpaksa la menebang pokok buluh di sebelah kanan dan diganti dengan pokok kesinai yang di ambik dari kampung.

Tinggal Kenangan....
Belum trim lagi...tunggu...
Ta  daaa....
Selepas beberapa bulan barulah aku trim pokok ni supaya nampak lebih cantik.

Entry terakhir di tahun 2011.
Selamat melangkah ke tahun 2012

Thursday 15 December 2011

i-CitY ShaH AlaM

Kesempatan yang ada , sampai ler jugak aku ke I city Shah Alam tempohari setelah selesai urusan pertunangan adik di Jerantut kelmarin.

RM 10 per entry
Pegi sini bukannya apa ...nak test kamera dengan speedlite sekali...dok belajar lagi untuk memahirkan penggunaan.Maklum lah bukan selalu dok bawak kamera DSLR tu.

Permainan dalam ni pulak kena bayaran RM 5 setiap seorang.Boleh la kalau bawak budak-budak tu...





Cuma masuk ke rumah salji jer yang mahal, RM 25 seorang untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak.Aku tak masuk pun , tengok jer tempat tu dan ambil gambar.

Ni la model kami...gambar dia jer yang lebih


Dengan katak pun bergambar jugak







Masa ni dah hampir 1 pagi
Sampai jumpa lagi di N3 akan datang....

Tuesday 13 December 2011

MaJLiS PeRtUnAnGaN

Pada 26 NoVEMBER 2011 lepas aku dan family ke Kota Gelanggi 2,Jerantut atas urusan pertunangan adik aku.....

Rombongan dari pihak lelaki
Majlis bermula...
Iringan dari pihak lelaki
Sesi sarung cincin ke jari manis
Makan time...apa lagi "patin masak tempoyak" la....
Iringan dari pihak perempuan
Wang emas....wang emas dalam kotak antik...
Setelah semuanya selesai kami semua balik semula ke Kuala Lumpur,dalam perjalanan singgah di rumak tok su di Felda Kampung Awah



Wednesday 23 November 2011

Taman Orkid....nun di SaNa

Assalamualaikum

Lamanya tak ada N3 baru,maklum la sibuk sikit dengan tugasan pejabat dan juga peribadi.Kali ni pun gambarnya dah lama tapi baru nak cerita jer.Jauhnya pi taman orkid...sampai ke Sarawak....Layan.....









Selain orkid , Tower Tree pun ada (pokok yang tinggi lampai tu)
Pergi ke Taman orkid ni pun secara kebetulan jer...biasa la tempat orang ..lain dicari lain yang dapatnya...singgah la jugak.

Sunday 13 November 2011

GaYa Si CiliK

Assalamualaikum

Gambar-gambar ni diambil masa hari raya puasa tempohari.Si Zahin ni memang pandai bergaya kalau bergambar ,ada saja aksinya.





Monday 31 October 2011

Masih Berjasa

Ha..ha...kali ni layan barang lama la pulak no....tetapi semua ni masih lagi berfungsi dan digunakan sekarang.


Motor HONDA C70 ni keluaran 1975.Tarikh pendaftaran mula pada 6/11/1975.Setelah beberapa kali tukar tangan dan akhirnya dapatlah kat kami pada 3/4/2006 dengan harga RM 900.00 dari orang india.

 Kipas ni 'Made In Japan' keluaran 'Silver Best'.Masih boleh digunakan lagi.Tapi tak ada la guna 24 jam....punah ler....guna sesuai dengan usianya.



Okey la sampai sini dulu jumpa lagi untuk N3 yang lain pulak.

Wednesday 19 October 2011

Pokok Delima

Assalamualaikum

Kali ni cerita pasai pokok la pulak.Pokok delima ni aku tanam lebih kurang satu setengah tahun yang lepas dan yang bestnya .....dah mula berbuah.Tengok ler...ada beberapa biji buahnya almaklumlah pokok baru nak belajar berbuah.Kena tunggu la sikit masa lagi untuk tengok sampai besar mana buahnya.

Tanam pokok ni kena la rajin siram dan pembajaan yang betul.Selalunya aku guna baja organik jer dan setiap dua minggu hingga sebulan , tabur la pada sekeliling pangkal pokok.Baja organik ni sesuai untuk semua jenis pokok dan tak payah la beli macam-macam jenis baja,nanti buat semak rumah jer nak simpan.

Abaikan pemandangan di belakang pagar tu....

Friday 14 October 2011

Tip Bangun Pagi

Assalamualaikum

Setiap bulan biasanya mesti beli 2 majalah ni,iaitu ANIS & NUR.Kadang-kadang tu ada la jugak beli majalah LAMAN,SOLUSI,DAPUR,ANJUNG SERI dan sebagainya yang menarik.Selain nak tengok gambar untuk cari idea,ada jugak info yang berguna kita ketahui dan juga amalkan.Antaranya tip untuk bangun pagi untuk mencapai tidur yang berkualiti.

  • Baca 100 ayat Al Quran sebelum tidur.Anda boleh memilih mana-mana surah yang biasa diamalkan.Apabila membaca 100 ayat,maka 100 otak kanan akan 'diketuk' kepada tahap gelombang tetha.Ini memudahkan kita lena dan bangun dalam keadaan cergas walaupun tidur dalam jumlah jam yang sedikit.Inilah kehebatan ahli sufi zaman dahulu,bukan jumlah banyak jam penentu tidur berkualiti tetapi ketenangan bersama Allah sebelum tidur menjadikan tidur itu berkualiti walaupun jumlah jam yang sedikit.
  • Niatkan sebelum tidur ,agar Allah permudahkan untuk bangun awal pagi untuk bertahajud dalam keadaan segar walaupun tidur lewat malam.Solat Tahajud adalah SUPERPOWER yang menyegarkan otak dan badan. Sebelum tidur,niatlah untuk bangun solat Tahajud. Selalunya menjaga solat Tahajud adalah orang yang kuat hubungannya dengan ALLAH.
  • Apabila bangun dari tidur,ucaplah terima kasih (doa bangun tidur) kepada Allah yang telah mengejutkan kita daripada 'mati' sementara.
  • Mandi dan berwuduk.Ketika mandi,gelombang otak berada di dalam keadaan alpha.Gelombang ini merangsang otak dan menyegarkan badan.Wuduk yang diambil dengan cara yang betul menjadi terapi urutan dan memberi kesegaran berganda kepada tubuh badan.
Artikel ini ambil dari majalah ANIS bulan Ogos 2011.Sama-samalah kita memanfaatkannya.

Wednesday 12 October 2011

Cafe AnTiK ..... Ipoh Station


Assalamualaikum

Hampir 2 minggu tiada N3 baru....maklumlah sibuk sikit dengan tugasan.Hari ni dah sempat la nak update blog.
Hujung bulan lepas aku ada ke Sepang dan kami sempat la pegi ke satu cafe kat Puchong. Menariknya cafe Ipoh Station ni ialah dekorasi dalamnya penuh dengan barang-barang antik.Aku ni salah seorang peminat barang antik ,jadi teruja la jugak dapat ke sana yang sebelum ni asyik jengah blog saja.
Dekat cafe ni selalu diadakan perjumpaan geng botologi dan para fanatik koleksi antik.Jadi sesuai sangat lah dengan tempatnya.Tengok-tengok la la yer.....












Kepada sesiapa yang berminat boleh la kesana.Dibuka dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam.Menu yang ada kat sana ok la jugak.Lokasinya pulak...tengok la petanya....

                                

Sampai jumpa lagi.