Friday, 14 October 2011

Tip Bangun Pagi

Assalamualaikum

Setiap bulan biasanya mesti beli 2 majalah ni,iaitu ANIS & NUR.Kadang-kadang tu ada la jugak beli majalah LAMAN,SOLUSI,DAPUR,ANJUNG SERI dan sebagainya yang menarik.Selain nak tengok gambar untuk cari idea,ada jugak info yang berguna kita ketahui dan juga amalkan.Antaranya tip untuk bangun pagi untuk mencapai tidur yang berkualiti.

  • Baca 100 ayat Al Quran sebelum tidur.Anda boleh memilih mana-mana surah yang biasa diamalkan.Apabila membaca 100 ayat,maka 100 otak kanan akan 'diketuk' kepada tahap gelombang tetha.Ini memudahkan kita lena dan bangun dalam keadaan cergas walaupun tidur dalam jumlah jam yang sedikit.Inilah kehebatan ahli sufi zaman dahulu,bukan jumlah banyak jam penentu tidur berkualiti tetapi ketenangan bersama Allah sebelum tidur menjadikan tidur itu berkualiti walaupun jumlah jam yang sedikit.
  • Niatkan sebelum tidur ,agar Allah permudahkan untuk bangun awal pagi untuk bertahajud dalam keadaan segar walaupun tidur lewat malam.Solat Tahajud adalah SUPERPOWER yang menyegarkan otak dan badan. Sebelum tidur,niatlah untuk bangun solat Tahajud. Selalunya menjaga solat Tahajud adalah orang yang kuat hubungannya dengan ALLAH.
  • Apabila bangun dari tidur,ucaplah terima kasih (doa bangun tidur) kepada Allah yang telah mengejutkan kita daripada 'mati' sementara.
  • Mandi dan berwuduk.Ketika mandi,gelombang otak berada di dalam keadaan alpha.Gelombang ini merangsang otak dan menyegarkan badan.Wuduk yang diambil dengan cara yang betul menjadi terapi urutan dan memberi kesegaran berganda kepada tubuh badan.
Artikel ini ambil dari majalah ANIS bulan Ogos 2011.Sama-samalah kita memanfaatkannya.

No comments:

Post a Comment