Showing posts with label Koleksi antik. Show all posts
Showing posts with label Koleksi antik. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

BarAnG LaMa

Assalamualaikum
Kesempatan yang ada ,aku cuba la jugak masukkan N3 yang baru biarpun barangnya lama dan klasik gitu...Sekarang ni tengah musim mengemas barang-barang kat rumah mak...jadi jumpa la semula koleksi aku yang dah lama ditinggalkan.....lencana tin yang zaman sekarang dah tak digunakan lagi di sekolah-sekolah.Semuanya pakai lencana kain jer yang dijahit pada baju sekolah atau pun sesetengahnya jenis gosok untuk lekat pada baju.
Lencana ni aku guna masa di tingkatan 4 & 5 tahun 1990 & 1991

Lencana sekolah yang berhampiran dengan sekolah aku..

Lencana sekolah yang ada dalam simpanan

Lencana sempena sambutan dan perayaan  tertentu

Jangan tak caya....he...he....Simpan jer la....




Monday, 13 February 2012

Syiling Kenangan

Assalamualaikum.

Syiling ni asalnya kepunyaan arwah abah,oleh kerana aku ni suka simpan  & kumpul barang antik...jadinya aku la yang simpan, bukannya apa ....dari terbiar macam tu saja ,baik aku yang simpan.




Selain dari syiling kenangan, ia juga merupakan koleksi peninggalan arwah abah untuk aku jadikan kenangan pulak...Kiranya 2 dalam 1 la ...

Monday, 31 October 2011

Masih Berjasa

Ha..ha...kali ni layan barang lama la pulak no....tetapi semua ni masih lagi berfungsi dan digunakan sekarang.


Motor HONDA C70 ni keluaran 1975.Tarikh pendaftaran mula pada 6/11/1975.Setelah beberapa kali tukar tangan dan akhirnya dapatlah kat kami pada 3/4/2006 dengan harga RM 900.00 dari orang india.

 Kipas ni 'Made In Japan' keluaran 'Silver Best'.Masih boleh digunakan lagi.Tapi tak ada la guna 24 jam....punah ler....guna sesuai dengan usianya.



Okey la sampai sini dulu jumpa lagi untuk N3 yang lain pulak.

Wednesday, 27 July 2011

Masih Ada Nilainya.......

Assalamualaikum

Terasa seronok pulak menulis blog ni...ketinggalan jugak aku ni...orang lain dah pi jauh,aku masih baru nak bermula...Apa-apa pun belajar dan terus belajar menulis blog ni.

N3 kali ni nak kongsi tentang beberapa koleksi barang lama & antik yang ada dalam simpanan .Tapi tak la banyak sangat.Bagi sesetengah orang simpan barang lama ni.....ada kenangan dan cerita disebaliknya.Samada barang tu yang biasa kita tengok ataupun pernah diguna ketika dulu...dulu.Ni sebahagian sajer...esok-esok la plak

Penimbang surat




Stepler......Made in England


Sebelum dibaiki....bergoyang semua sendinya

Selepas dibaiki....inilah hasilnya


Barang-barang ni ada yang milik sendiri...dibeli...diberi...diambil...dan sebagainya.Apa-apa pun tengok tengok la....bye...bye