Wednesday 19 December 2012

Aksi Si Kecil

Assalamualaikum.

Sekadar untuk tatapan .....gelagat si kecil ketika kecil.....la ni pun kecik jugak....dok minum susu lagi....

puting penuh di mulut.
Tapi la ni dah tak mau hisap puting lagi....alhamdulillah....

cantik tak headband bunga rose ni....mak ngah yang belikan  dengan  baju  sekali..
Bulat tak mata Damia...he..he...
Tidur bersama bantai yang Tokcik Cer belikan di Cameron Highland...nyenyaknya.
Sedang memikirkan sesuatu..
Menangis ...puting jatuh dari mulutnya
Hai...Damia ada mainan
Apa tengok-tengok....Damia nak merangkak ni
Tersenyum lebar....sesudah habis susu sebotol..
Gebu tak pipi Damia...











Sunday 2 December 2012

Lori Tin

Bermula dengan tin coklat M&M tempohari, dah kira terjebak la jugak untuk  kumpul tin-tin yang lain pulak...La ni lori tin biskut oreo.Kat dalam tu masa beli ada 5 mini pek biskut oreo.






Sunday 25 November 2012

Keladi Zebra

Nama saintifik untuk pokok ni ialah...ALOCASIA AMAZONICA.Aku dapat pokok ni dari kawan opis aku....dalam pasu kat rumah dia masa tu....tinggal pokok ni jer dalam pasu tu ..tanah pun dak pupus.....



Beberapa bulan lepas tu jadi la macam gambar kat bawah ni.Letak kat tempat redup ,baja cukup dan siram bila perlu jer sebab keladi ni ada simpan air pada batang-batangnya.Kejap jer biaknya...dah ada anak pokok...terus aku pindahkan pada pasu lain...bagi pada mak kat kampung.





Thursday 22 November 2012

Everyone can fly....



Bila la pulak nak naik pesawat....Harap-harap tahun depan boleh ler naik pesawat lagi.....tapi nak pi mana ya......tunggu......

ketika ke Sabah 2010

Ke Sarawak 2011

Bandung 2012

Airport Bandung

Setakat la ni hanya Air Asia saja yang mampu......











Tuesday 13 November 2012

Tu Jer Yang Ada

Hari-hari mesti mau minum NESCAFE.Seingat aku ler...masa kecik-kecik dulu mak aku , dah banyak dapat hadiah dari Nestle kalau beli nescafe ni...macam mug,cawan berlapik,sudu dan macam macam lagi yang menarik masa tu...
Tapi semua barang tu dah digunakan...jadinya banyak la yang pecah, dah tak cantik keadaannya dan sebagainya...Masa tu aku pun tak tau lagi menilai setiap koleksi yang dapat...tak ada maknanya ler....

Ni jer yang ada dalam koleksi aku...tu pun dapat dalam 2 hingga 3 tahun kebelakangan ni.Buat semangat jer ...jangan tak ada langsung...





Thursday 8 November 2012

NoVeL LeR...

Bertemu kembali.....Lama tak menulis blog ni....tengok orang ber blog....nak ikut jugak ...Orang lain hari -hari ada N3 baru...kadang-kadang sampai 2...3 N3 nya...awaknya satu-satu n3 ambik masa yang lama nak update yang baru....Nasib ler...Maklum lah ....banyak sangat hobinya sampai tak sempat nak buat yang mana satu.


Novel ni baru habis baca dua hari lepas..beli masa pesta buku tempohari ( punya la lama kan...)kirim kat member yang pi pesta buku di PWTC.Siap ada signature penulis sekali kat dalam tu...Lupa pulak nak ambik gambar.Tajuk nampak simple tapi cerita nya penuh pengajaran...baca la...Ambik masa hampir sebulan la jugak nak penghabihnyer....


Novel ni baru beli jugak walaupun keluarannya Disember 2008.Ni cetakkan yang ketiga, Januari 2010.Rasa nya nak cuba kumpul semua novel yang ditulis oleh Norhayati Ibrahim la pulak lepas ni.Sekarang ni baru mula baca novel CHINTA.Tak tau la berapa lama pulak nak habisnya.


" Biar Jarimu Kugenggam " Novel terbaru dari NB.

Thursday 18 October 2012

SeKiTaR MaJLiS KenDuRi

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak ada N3 baru...hari ni gagah la jugak menulisnya.....walaupun majlis kendurinya  berlangsung hampir sebulan yang lalu.

Marhaban pada paginya
Adik yang no.2 (baju coklat) sebagai tuan rumah..ditemani oleh Paksu
Mak pulak ditemani oleh kakaknya...
Meja makan penggantin...Kira 2 dalam 1 ler..sanding sekali...




Tu jer sebahagian dari gambar yang diambil masa majlis tempohari....ada banyak lagi...cukup ler no....biarlah gambar yang lain tu sebagai koleksi simpanan aku ....

Nampak biru jer semuanya...he...he...



Monday 10 September 2012

PuTeRikU....

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya kemunculan dalam blog, puteri kami NUR DAMIA ZULAIKHA

berumur 2 bulan...

4 bulan
Masa shopping baju raya tempohari...
1 Syawal 1433

Damia bersama Abi
Open house TKP di rumah En.Zainol
Damia bersama Umi...








Monday 3 September 2012

M&M's TiN


Buat pertama kali n3 koleksi bekas tin coklat yang berbentuk agak menarik untuk dikumpul dan akan terus mengumpul selepas ni...mungkin dari pembelian biskut atau apa apa lagi yang lain pulak....

Dalam setiap tin ada 10 peket kecik coklatnya...





Kebetulan beli masa bulan puasa(hampir raya)....jadinya masa raya tempohari habis la dimakan coklatnya...kejap ajer....langsai....

Sunday 26 August 2012

Salam AidilFitri



Masih belum terlambat untuk mengucapkan.....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 H

Maaf Zahir & Batin










Thursday 16 August 2012

Nak minum......MILO...

Assalamualaikum

Tempohari masa pergi shopping untuk barang dapur....tengok-tengok ada promosi milo dapat mug untuk setiap paket 1 kg....jadinya nak dapat 4 mug kena la beli 4 kg MILO.Nampaknya raya tahun ni minum milo jer la....Jemput ler ke rumah...he...he...

Sekadar suka-suka mengumpul....buat penuh almari jer...nampaknya.Design yang berlainan mengikut tahun keluaran.








Wednesday 15 August 2012

MahkOta SeGaLa BuAh


Suasana masih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran dan keberkatan.Rasanya masih belum terlambat untuk memberi sedikit info walaupun kita sudah berada pada 26 Ramdhan.

Buah kurma adalah buah yang dirahmati terutamanya jika dijamah ketika berbuka puasa.Seperti yang sedia maklum ia merupakan makanan sunah nabi selain susu kambing dan madu.


Selain memberi tenaga ia juga mengandungi nutrien dan serabut serat yang tinggi.Teknologi sains moden telah terbukti bahawa kurma harus dijadikan sebahagian daripada makan seimbang kita.Perubatan moden juga telah berjaya menunjukkan bahawa buah kurma ini amat berkesan dalam pencegahan kanser perut.Malah buah kurma kaya dengan kalsium dan membantu dalam pengukuhan tulang , kesihan mata dan efektif dalam remedi masalah lemah jantung.

Hanya sebiji kurma diperlukan dalam diet harian sihat dan seimbang.Kaum Arab biasanya menggabungkan buah kurma dengan susu , madu , kacang dan cuka buah-buahan.Merupakan gabungan yang setimpal untuk satu diet yang menyelerakan dan cukup untuk kesihatan minda dan tubuh badan.Dalam pada itu buah kurma dan pokoknya ada disebut sebanyak 20 kali di dalam kitab suci Al Quran yang membuktikan lagi tentang kepentingan buah tersebut.

Oleh itu jadikan amalan kita untuk makan buah kurma ini setiap hari walaupun selepas Ramadhan dan jadikan Buah kurma stok makanan yang sentiasa ada didalam rumah kita.Selain dari dapat makan ia juga dapat pahala kerana makanan sunah Nabi.