Wednesday 15 August 2012

MahkOta SeGaLa BuAh


Suasana masih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran dan keberkatan.Rasanya masih belum terlambat untuk memberi sedikit info walaupun kita sudah berada pada 26 Ramdhan.

Buah kurma adalah buah yang dirahmati terutamanya jika dijamah ketika berbuka puasa.Seperti yang sedia maklum ia merupakan makanan sunah nabi selain susu kambing dan madu.


Selain memberi tenaga ia juga mengandungi nutrien dan serabut serat yang tinggi.Teknologi sains moden telah terbukti bahawa kurma harus dijadikan sebahagian daripada makan seimbang kita.Perubatan moden juga telah berjaya menunjukkan bahawa buah kurma ini amat berkesan dalam pencegahan kanser perut.Malah buah kurma kaya dengan kalsium dan membantu dalam pengukuhan tulang , kesihan mata dan efektif dalam remedi masalah lemah jantung.

Hanya sebiji kurma diperlukan dalam diet harian sihat dan seimbang.Kaum Arab biasanya menggabungkan buah kurma dengan susu , madu , kacang dan cuka buah-buahan.Merupakan gabungan yang setimpal untuk satu diet yang menyelerakan dan cukup untuk kesihatan minda dan tubuh badan.Dalam pada itu buah kurma dan pokoknya ada disebut sebanyak 20 kali di dalam kitab suci Al Quran yang membuktikan lagi tentang kepentingan buah tersebut.

Oleh itu jadikan amalan kita untuk makan buah kurma ini setiap hari walaupun selepas Ramadhan dan jadikan Buah kurma stok makanan yang sentiasa ada didalam rumah kita.Selain dari dapat makan ia juga dapat pahala kerana makanan sunah Nabi.




No comments:

Post a Comment