Wednesday, 28 September 2011

BeruBAH TuGas

Assalamualaikum

Tengok pada tajuk macam nak kena pindah keja jer .....tapi bukan la...... jengok la dulu apa yang telah terjadi....


Penyodok pasir ni aku beli murah jer kat hardware.Lepas tu aku hantaq untuk mendeko pada kak Liza di Taman Pauh.Ini la hasilnya....tergantung bersebelahan dengan tanduk rusa.
 

Asalnya digunakan untuk menyodok pasir tapi dah berubah menjadi hiasan di dinding.Minat punya pasal apa pun boleh terjadi....Satu hobi yang agak lumayan hasilnya jika menjadi PENDEKO tapi kalau jadi peminat membeli jer.....paham...paham la yer....




Sunday, 25 September 2011

KeNdURi KaHwiN

Assalamualaikum.

17 September 2011, ex-student TKP( department aku ler tu ) menjemput ke kenduri dia nun jauh di NAKA.Aku pun first time ke sana.Agak teruja la jugak selain dari hadir jemputan dapat la jugak tengok tempat orang.Perjalanan dari rumahku di Kulim ke NAKA mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Okey la layan gambar jer....
Langkah Raja Sehari
Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Aidil & Samihah.

Tuesday, 20 September 2011

Jamuan Aidilfitri

Assalamualaikum.

Sempena cuti Hari Malaysia , aku bersama kawan-kawan pejabat serta family menghadiri jamuan raya yang diadakan di Penang Golf Resort Bertam,Kepala Batas.Akhir sekali buat jamuan raya dengan family pada tahun 2008.Dah lama dah...Tahun-tahun lepas buat kat pejabat jer.Bukan senang nak cari masa dan tarikh yang sesuai untuk berkumpul semua.

Boleh dikatakan semua hadir kecuali tiga orang yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.Okeyla layan ler gambar nyer.....

Ucapan dari pengerusi majlis,Encik Zainol

Ucapan dari Ketua Jabatan
Keluarga Sharizan menjamu selera
Encik Azeman & family
Encik Azman & Encik Aziz
En.Zul bersama hero-heronya,Wife dia gi ambil makan ler tu...
En.Zainol,wife dan puterinya.
En.Roslan sekeluarga

Maaf ler kalau gambar anda dan keluarga tak tertera kat blog ni....Tak sempat nak snap ler...

Sunday, 18 September 2011

Senja Nan Merah

Lensa kamera merakamkan saat matahari melabuhkan tirainya dari pintu rumahku pada suatu senja.


Indahnya bumi Allah.

Wednesday, 14 September 2011

Sarawak Bumi Kenyalang

Bercuti ke Sarawak ni memang dah rancang awal,kira-kira Oktober 2010 lagi beli tiketnya.Maklumlah naik kapal terbang tambang murah Air Asia jer ...Terbangnya 24 Mac 2011 dan stay kat sana 5hari 4 malam.Tu pun dah kira lama tu.Kebetulan pulak masa pergi tempohari dekat dengan pilihanraya Sarawak,banyak la jugak siri berkempen dijalankan.
Baru turun dari flight



Bandar Kuching.Replika patung kucing ler banyak.
Suasana senja dekat Water Front

Tune Hotel

Hari pertama kami stay kat tune hotel.Biliknya sempit.Package pulak ada aircond ka atau kipas jer.Nak towel atau tak dan pilihan akhir pulak tv bersiaran atau pun tengok tv kat dinding jer.Kami pilih guna kipas,towel dan tengok tv kat dinding jer...he..he...Apa la punya hotel...macam ni pun ada.Tu pun harganya RM 90 hinggit tau.
Esoknya kami cari hotel bajet yang lain pulak,dan jumpa la yang ni.Berdekatan dengan water front la jugak.Harganya cuma RM 45 semalam dan kami duduk 3 malam.Semua ada,tak payah pilih package.

Dewan Undangan Negeri,Sarawak


Kenal tak..pelakon tu..
Pasar Di Sarikin (sempadan dengan Indonesia)
Sekitar Pasar Tamu,Satok


Suasana dalam kedai Kek Lapis Dayang Salhah
Kalau naik feri ni menyusuri sungai Sarawak,RM 60 seorang
Sebelum balik sempat lagi ke ILP Kota Samarahan
Di atas awan,sempat jugak snap
Dekat nak landing di Airport Penang
Tu ler sebahagian memori bergambar,sebenarnya banyak lagi gambar tempat menarik di Sarawak ni.Cukup la yer...Kalau nak best lagi kena la pi sana boleh pekena mee kolok sekali.Jumpa lagi.

Monday, 12 September 2011

Kuih Tradisional

Assalamualaikum

Cerita bab makan ni memang tak habis kan...lebih lebih lagi pada musim raya.N3 kali ni nak tunjuk kuih orang dulu-dulu.Aku makan kuih ni pun masa dipenghujung ramadhan tempohari,Pak Su yang balik dari Klang yang pergi beli di pasar ramadhan Sungai Acheh kat kampung aku ler....Kuih ni jarang sangat orang jual masa hari biasa tapi bulan puasa ada ler munculnya,tu pun di pasar ramadhan kampung-kampung jer yang ada.

Beka
Macam ni la kuihnya...rasanya manis
Tepung Torak
Manis jugak rasanya...