Sunday, 29 July 2012

Desert Rose

Ramai yang biasa tengok pokok bunga ni...Ada yang kata kemboja cina...mungkin sebab di setiap rumah orang cina selalunya ada pokok bunga ni.Dari info yang aku dapat...namanya Desert Rose.Aku pun baru jer tanam pokok ni ...dalam tahun 2012 ni jugak la....dan dah mula berbunga.


Jenis ni yang import  punyer...kelopak macam bunga rose

Ni pokok di kampung aku...warna pink

Sunday, 22 July 2012

Bertemu Kembali

Assalamualaikum.


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak semoga mendapat ganjaran yang setimpal dengan niat dan usaha kita.

Sama-samalah kita mengambil masa dan ruang yang ada dalam bulan Ramadhan ini untuk melakukan perkara-perkara yang mendatangkan pahala berlipat kali ganda berbanding dengan bulan lain.

Wednesday, 18 July 2012

BarAnG LaMa

Assalamualaikum
Kesempatan yang ada ,aku cuba la jugak masukkan N3 yang baru biarpun barangnya lama dan klasik gitu...Sekarang ni tengah musim mengemas barang-barang kat rumah mak...jadi jumpa la semula koleksi aku yang dah lama ditinggalkan.....lencana tin yang zaman sekarang dah tak digunakan lagi di sekolah-sekolah.Semuanya pakai lencana kain jer yang dijahit pada baju sekolah atau pun sesetengahnya jenis gosok untuk lekat pada baju.
Lencana ni aku guna masa di tingkatan 4 & 5 tahun 1990 & 1991

Lencana sekolah yang berhampiran dengan sekolah aku..

Lencana sekolah yang ada dalam simpanan

Lencana sempena sambutan dan perayaan  tertentu

Jangan tak caya....he...he....Simpan jer la....




Thursday, 5 July 2012

WaNg KeRtaS Siri BaRu

Malaysia sekali lagi bertukar wang kertas baru dan wujudkan semula wang kertas RM 20.Ciri-ciri unik yang melambangkan budaya dan warisan serta keindahan semula jadi negara.Masih lagi mengekalkan pada bahagian hadapannya potret Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad,bunga kebangsaan kita dan corak songket kain tenunan tradisional.


Wang polimer RM1 memaparkan sukan tradisional iaitu permainan Wau yang popular terutamanya di Kelantan dan Terangganu.Ianya adalah satu tradisi meraikan hasil tuaian negeri-negeri tersebut.Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik.

Wang polimer RM 5 pula memaparkan Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros),iaitu salah satu species burung enggang yang terbesar dan paling mengagumkan di dunia.Burung hutan yang menarik dan hanya boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini dan memainkan peranan penting dalam budaya dan upaca tradisional Sarawak.Burung Enggang ini melambangkan simbol kekuatan dan keberanian masyarakat Sarawak.


Bahagian belakang wang kertas ini memaparkan dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah ( Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing ( Dermochelys Coriacea).Ianya melambangkan hidupan yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita.


**** semua info di atas merujuk pada pemplet yang disertakan semasa pembelian.